Pages

Saturday, March 20, 2010

Bab 1

Pagi itu seperti biasa Maya bangun pagi bertemankan Mak Jah disisi meja. Sambil menghirup secawan teh dan sekeping roti bakar Maya mengeluh dalam hatinya. " Sendirian lagi aku minggu ni". Dalam kamus kehidupannya dia hanya membesar ditemani orang gajinya itu. Mak Jahlah tempat dia mengadu dan menumpang kasih. Harapkan papa dan mama jarang sekali ada di rumah. Orang kaya macam tulah. Dua orang abangya kini sedang menuntut di luar negara. Kakaknya pula sedang bertungkus-lumus menyiapkan praktikalnya di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
Maya bangun sambil menghayunkan kakinya yang tidak bermaya ke sekolah. Dia akan berasa seronok sekali ketika berada di sekolah bersama dengan rakan-rakannya. Mereka sangat menghiburkan dan saling memahami. Sudah dua tahun Maya atau nama sebenarnya Maya Atikah berpacaran dengan Malik.

No comments: