Pages

Thursday, June 5, 2008

aku nampak dia................!!!!!!!!

Hari Sabtu lepas aku dan keluarga kau pergi ke 3 buah kenduri. Makan nasi minyak sakan aku. Sampai di rumah kenduri yang ke 3 aku dah tak boleh makan dah. Perut aku dah penuh sangat tapi demi mengambil hati tuan rumah aku gagahkan juga mengambil sedikit juadah. Masa aku tengah menjamu selera dengan Family aku, mak2 sedara aku dan bapa2 sedara aku mata aku terpandang seseorang. Aku rasa aku kenal orang tu. Saraf-saraf aku bergerak pantas untuk menggerakkan memori silam aku semula yang sudah aku simpan di suatu sudut ingatan aku. Dan saat itu otak aku mengesahkan yang dialah orang itu. Seseorang yang aku kenali 3 tahun dahulu kini sedang mendukung anaknya. Tiba-tiba mata kami berpandangan dari jauh. Aku cuba peralih pandangan. Aku dah tak nak tengok dia lagi. Biarlah peristiwa 3 tahun lalu menjadi debu yang berterbangan di udara. Dia banyak berubah. Semakin berisi dan tak se hensem dulu lagi. Perasaan aku menjadi kalut bila dia berjalan menuju ke arah aku. Mati-mati aku ingat dia hendak menghampiri aku. HA HA HA rupa-rupanya dia singgah di satu meja di hadapanku dan bercakap-cakap dengan seorang wanita yang pada anggapanku wanita itu adalah isterinya kerana mereka berdua begitu mesra. Em aku tak heran. Yang penting aku lebih comel dari isterinya. Pergilah memori2 duka bersama debu2 yang berterbangan. Aku bahagia tanpamu "M R"

sweet memory

Rabu (3/6/08)......malam tu aku bosan sangat. Jadi aku aku buka almari dan keluarkan semua baju-baju aku. Masa aku lipat-lipat semula baju aku tu aku sedar yang aku ada banyak koleksi baju-baju percuma semasa aku mengajar di Perasu dulu. ( Perasu adalah Felda Perasu yang terletak di Gua Musang, Kelantan). So. mulalah aku terkenangkan semua memori manis semasa aku di sana. Rindunya aku kat kawan- kawan aku di sana. Lagu- lagu yang berkumandang di radio menambahkan kerinduan aku pada teman-teman disana. Banyak suka dan duka aku di sana. Sesungguhnya pengalaman memang mematangkan seseorang.

HARI LAHIR


Hari Ahad lepas adalah hari yang istimewa untuk aku. 1 Jun adalah hari aku dilahirkan. Jadi seperti biasa aku akan sambut sendiri " birthday" aku. Pagi-pagi lagi aku dah bagun dan siap-siap untuk keluar. Hari tu aku keluar dengan adik aku. Kami pergi "shopping". Aku belikan hadiah dan kek untuk diri sendiri. Kek Tiramitsu.....tu kek yang paling aku suka. Hari tu kami makan kat Pizza Hut. Sedap dan sampai kenyang aku makan. Lepas makan kami mulalah projek beli belah. Beratus-ratus jugak terbang dari poket aku ni. Sedar tak sedar umur aku dah semakin berkurangan untuk hidup di dunia ni.
" Matahari tidak akan menyinar diwaktu malam dan bulan tak akan bercahaya diwaktu siang"
Jadi sebagai hamba di muka bumi ini aku tak boleh hidup bergantung pada sesiapa. Kejayaan datang dengan usaha yang gigih. Jadi aku akan berusaha untuk terus berjaya.