Sunday, April 18, 2010
Hari ini dan semalam
Hari ini dan semalam memang banyak bezanya. Hari ini aku semakin tua. Semalam aku masih alpa. Hari ini aku semakin tenang dan yakin dalam membawa diri ini. Semalam aku masih mengikut rentak dan telunjuk. Akal fikiran dan pengalamam yang membezakan hari ini dan semalam.
Sunday, April 4, 2010
Tekanan
Aku dalam keadaan tertekan sekarang. Aduh nak kena ajar budak-budak "action song "pulak. Yang susahnya nak cari lagu yang sesuai dan nak suruh budak hafal dalam masa 3 hari. Macam mana ni. Sebenarnya aku saja je letak gambar ni. Tak sesuai langsung dengan tajuknya. Kalau dapat main bowling ok sikit kot....
Saturday, March 27, 2010
Ulu Legong Hot Spring
Ni aku nak "promote" tempat-tempat menarik di tempat aku ni. Antaranya Ulu Legong Hot Spring. Tempatnya tak jauh dari Pekan Baling. Suasananya sangat cantik dan sesuai untuk merehatkan minda. Siapa-siapa yang nak tinggal untuk beberapa hari kat sini pun boleh kerana terdapat kemudahan chalet. Harga berpatutan..
Tuesday, March 23, 2010
Semalam
Semalam aku dengar berita di TV. Rasa tak puas hati betul pada Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI). Kerana mereka kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menguruskan mereka ini. Padahal kalaulah wang tu digunakan untuk kebajikan rakyatnya sendiri amatlah berguna. Contohnya kalaulah wang tu disalurkan di dalam sektor pendidikan mesti hasilnya lebih bermakna. Wang tersebut kalau digunakan untuk membantu orang-orang miskin ataupun orang-orang yang mempunyai penyakit kronik mestilah ianya lebih bermakna. Kalau wang itu digunakan untuk membangunkan insfrastruktur yang sedia ada supaya lebih moden dan canggih rasanya lebih bermakna. HUH!!!!!!!
PATI rasanya sengaja masuk ke negara ini kerana mereka hidup senang. Kalau kena tangkap pun di hantar ke depo-depo tahanan saja. Makanan dan tempat tinggal sudah ada. Jadi mereka yang masuk ke sini tak perlu bimbang tentang semua itu. Bila kena hantar ke negara masing-masing mereka akan datang lagi. Agaknya kalau dibuat "survey", mesti sudah banyak kali orang yang sama saja yang datang. Agaknya kita kenakan hukuman yang berat baru mereka takut kot.
CONTOHNYA..ini contohnya saja...kita hantar PATI ni kesebuah pulau khas. Pulau tu untuk PATI-Pati saja. Rasanya baru mereka takut kot....kita biarkan mereka kat situ untuk jangka masa tertentu..macam rancangan survivor tu...kih!!!kih!!! (suka tengok survivor kat TV)

Bengang
Monday, March 22, 2010
Aku suka
http://www.fanpix.net/picture-gallery/349/1773349-miley-cyrus-picture.htm
Lagu Miley Cyrus sangat sedap didengar. Bagiku lagu "the Climb" penuh dengan maksud tersirat,. Sedikit sebanyak memberikan aku semangat.
Lagu Miley Cyrus sangat sedap didengar. Bagiku lagu "the Climb" penuh dengan maksud tersirat,. Sedikit sebanyak memberikan aku semangat.
Meja yang berserakkan
Majlis Pertunangan Ibu Saudara
Sunday, March 21, 2010
Dulu berjanji
LOve YoU MaLaYsiA
I love you Malaysia. Siapa yang tak sayangkan negara sendiri betul Tak? Ibarat kata pujangga "hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri"..Betul la...masa aku lawat negara orang baru aku rasa negara akulah yang paling bagus, cantik dan terbaik. Tapi sesekali pergi melancong tak salah. Luas pandangan bayak pengetahuan. MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!
Aku anak FELDA
Sambungan bab 1
Malik seorang lelaki yang cukup penyayang, mengambil berat, kacak dan yang penting sangat memahami. Hubungan cinta mereka telah lama dihidu orang kedua-dua orang tua mereka. Hubungan yang direstui kedua orang tua nampaknya semakin hari semakin berbunga mekar. Namun jauh disudut hati mereka pelajaran amatlah penting. Tahun ini mereka akan sama-sama mengharungi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Harapan ibubapa Maya amatlah tinggi. Pastinya keputusannya nanti akan dibanding-bandingkan dengan kedua-dua abang dan kakaknya. Maya mahu kedua ibubapanya bangga terhadapnya. jadi kerana itulah Maya akan sentiasa berhati-hati agar hubungan cinta tidak menjadi penghalang kepada cita-citanya.
Saturday, March 20, 2010
Bab 1
Pagi itu seperti biasa Maya bangun pagi bertemankan Mak Jah disisi meja. Sambil menghirup secawan teh dan sekeping roti bakar Maya mengeluh dalam hatinya. " Sendirian lagi aku minggu ni". Dalam kamus kehidupannya dia hanya membesar ditemani orang gajinya itu. Mak Jahlah tempat dia mengadu dan menumpang kasih. Harapkan papa dan mama jarang sekali ada di rumah. Orang kaya macam tulah. Dua orang abangya kini sedang menuntut di luar negara. Kakaknya pula sedang bertungkus-lumus menyiapkan praktikalnya di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
Maya bangun sambil menghayunkan kakinya yang tidak bermaya ke sekolah. Dia akan berasa seronok sekali ketika berada di sekolah bersama dengan rakan-rakannya. Mereka sangat menghiburkan dan saling memahami. Sudah dua tahun Maya atau nama sebenarnya Maya Atikah berpacaran dengan Malik.

Minggu yang sibuk
Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk bagiku. Balik dari Langkawi aku berehat satu hari sahaja. Hari berikutnya mulalah aku sibuk menjahit langsir rumah baruku. Berpeluh jugaklah nak siapkan satu rumah. Nasib baik pandai jahit sendiri, kalau tak.......mahu beribu-ribu pulak yang terbang.....Ala jahit pun biasa-biasa jer..kalau yang complicated tu surrender jugak la..yang pasti aku puas hati..orang kata air tangan sendiri la kan...
Tahun yang mencabar
Bagi aku tahun ini adalah tahun yang penuh dengan cabaran. Awal tahun saja aku kena tempuhi satu dugaan yang besar bagi diriku. Nasib baik aku ni jenis "happy go lucky". Kalau orang lain sah-sah teruk juga jadinya. Tapi betul kata orang, tabah di luar tapi di dalam hanya Yang Esa saja yang tahu. Sekurang-kurangnya aku mampu lagi berdiri tanpa mengharap simpati...So untuk diri sendiri aku ucapkan" cayo-cayo".
Antara tempat yang ku lawati
Percutian pertama 2010
Lokasi percutian pertamaku tahun ini adalah di Langkawi. Seronok jugak sekali-sekala bermain di tepian pantai. Ombak yang biru membelah pantai yang putih memang menenangkan jiwa. Sayangnya kali ini tempoh percutianku agak singkat. Maka tak sempatlah aku melawat pulau-pulau yang berdekatan. Ermmm maybe next time..Kalau dimurahkan rezeki.
Tahun Baharu
Tahun baharu menjelma lagi...2010...Semakin hari umurku semakin kurang. Aku menjadi semakin matang dan tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang. Aku pasrah dalam mengharungi pahit getir hidup beseorangan. Alhamdulillah, impianku untuk memiliki sebuah rumah menjadi nyata. Walaupun ianya bukanlah sebuah banglo tetapi, ianya adalah istana buatku.
Subscribe to:
Posts (Atom)