Pages

Sunday, April 18, 2010

Hari ini dan semalam

Hari ini dan semalam memang banyak bezanya. Hari ini aku semakin tua. Semalam aku masih alpa. Hari ini aku semakin tenang dan yakin dalam membawa diri ini. Semalam aku masih mengikut rentak dan telunjuk. Akal fikiran dan pengalamam yang membezakan hari ini dan semalam.

Sunday, April 4, 2010

Tekanan


Aku dalam keadaan tertekan sekarang. Aduh nak kena ajar budak-budak "action song "pulak. Yang susahnya nak cari lagu yang sesuai dan nak suruh budak hafal dalam masa 3 hari. Macam mana ni. Sebenarnya aku saja je letak gambar ni. Tak sesuai langsung dengan tajuknya. Kalau dapat main bowling ok sikit kot....

Saturday, March 27, 2010

Pulut Kuning


Add ImageTeringin nak makan pulut kuning dengan ayam panggang. Sedapnya....

Ulu Legong Hot Spring


Ni aku nak "promote" tempat-tempat menarik di tempat aku ni. Antaranya Ulu Legong Hot Spring. Tempatnya tak jauh dari Pekan Baling. Suasananya sangat cantik dan sesuai untuk merehatkan minda. Siapa-siapa yang nak tinggal untuk beberapa hari kat sini pun boleh kerana terdapat kemudahan chalet. Harga berpatutan..

Tuesday, March 23, 2010

Semalam

Semalam aku dengar berita di TV. Rasa tak puas hati betul pada Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI). Kerana mereka kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menguruskan mereka ini. Padahal kalaulah wang tu digunakan untuk kebajikan rakyatnya sendiri amatlah berguna. Contohnya kalaulah wang tu disalurkan di dalam sektor pendidikan mesti hasilnya lebih bermakna. Wang tersebut kalau digunakan untuk membantu orang-orang miskin ataupun orang-orang yang mempunyai penyakit kronik mestilah ianya lebih bermakna. Kalau wang itu digunakan untuk membangunkan insfrastruktur yang sedia ada supaya lebih moden dan canggih rasanya lebih bermakna. HUH!!!!!!!

PATI rasanya sengaja masuk ke negara ini kerana mereka hidup senang. Kalau kena tangkap pun di hantar ke depo-depo tahanan saja. Makanan dan tempat tinggal sudah ada. Jadi mereka yang masuk ke sini tak perlu bimbang tentang semua itu. Bila kena hantar ke negara masing-masing mereka akan datang lagi. Agaknya kalau dibuat "survey", mesti sudah banyak kali orang yang sama saja yang datang. Agaknya kita kenakan hukuman yang berat baru mereka takut kot.

CONTOHNYA..ini contohnya saja...kita hantar PATI ni kesebuah pulau khas. Pulau tu untuk PATI-Pati saja. Rasanya baru mereka takut kot....kita biarkan mereka kat situ untuk jangka masa tertentu..macam rancangan survivor tu...kih!!!kih!!! (suka tengok survivor kat TV)

Bengang


Bengang sungguh la marking paper budak-budak ni. Macam tak pernah diajar. Sama jer markah dengan kelas "last". Kalau macam ni teruk la. Kalau ditanya kata faham. Bila buat ujian aku plak yang jadi tak faham...aduh!!!!aduh!!sakit kepala la.

Monday, March 22, 2010

Aku suka

http://www.fanpix.net/picture-gallery/349/1773349-miley-cyrus-picture.htm

Lagu Miley Cyrus sangat sedap didengar. Bagiku lagu "the Climb" penuh dengan maksud tersirat,. Sedikit sebanyak memberikan aku semangat.