Pages

Monday, December 14, 2009

PERGI

Tahun 2009 dah nak berlalu dah...erm apa yang aku capai tahun ni cuma sekadar dapat beli sebuah rumah jer....sebenarnya aku nak buat macam-macam tahun ni..tapi 1 jer yang tercapai..syukur sangat..walaupun rumah aku tak besar tapi aku puas hati. rupa bentuk rumah...rahsia...nampaknya tahun 2009 akan pergi meninggalkan aku..sedih....

Tuesday, November 3, 2009

Tenang dan Damai



Tenang dan damai kan...Ni la kampung aku. Masa ni padi belum masak lagi. Dulu sempat juga aku merasa bermain di dalam bendang( sawah). Sekarang tak lagi semua guna mesin. Dulu sempat tolong tok aku tanam padi, bajak sawah dan tuai padi cara manual...Masa bajak bendang paling best...ikan banyak..siap aku dengan sepupu-sepupu aku tangkap pakai bubu lagi.( bubu sejenis alatan untuk menangkap ikan).

Saturday, October 31, 2009

teater musical

Rasanya kalau ada peluang nak tonton lagi. Pengalaman pertama aku tonton teater musical..kepuasannya berbeza sekali. Mau taknya beratus jugak harga tiket tu..

Wednesday, October 28, 2009

Hari ni macam biasalah.........bangun pagi siap-siap pergi kerja. Ni la rutin aku seharian. Balik rumah makan dan tidur jer. Bosan jugak, tapi nak buat macam mana lagi. Sabar je la. Nasib baik aku ni suka membaca jugak. bulan ni je aku tak beli buku baru,....hiiii...hiii..bajet kurang.. Satu buku mahu RM 30++. Kalau orang tegok buku aku mesti bosan..Semuanya koleksi motivasi, cara nak tambah wang, keagamaan dan dekorasi rumah je. Ni la dunia aku. Nanti aku postkan koleksi buku-buku aku....

Tuesday, October 27, 2009

cuti-cuti kedah

Ni gambar kat " Lata Bayu". Cantik air terjun ni...tak jauh dari rumah tok aku...dulu-dulu aku naik gerek( basikal ) ja mai sini....

sate mesra

Best sangat waktu ni....kami ramai-ramai berkumpul di rumah tok buat sate...byak ekor jugak la ayam yang jadi mangsa.....seronok betul dapat buat aktiviti macam ni..sekurang-kurangnya hubungan kami 1 family besar ni jadi erat...yang paling seronok tok aku la....

bakal pemimpin negara

Ni gambar sepupu-sepupu aku....pantang nampak air mesti seronok ....mudahnya hidup jadi kanak-kanak kan.

RINDU

Teringat kat kawan-kawan lama..................

susah

Susah
susah
atau payah........
bukan senang nak hidup di dunia ni kan....
banyak cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi. hari-hari aku lihat berbagai-bagai masalah timbul di dunia yang fana ni. Masalah rumahtangga, peperangan, kemiskinan, sakit kegawatan ekonomi dan sebagainya. Jadi, kita jagan ambil mudah atas sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling kita....bukannya apa... sedikit sebanyak semua yang berlaku akan mempengaruhi kita juga suatu hari nanti...kedamaian dalam diri dan kedamaian dunia????