Pages

Saturday, April 19, 2008

tentang aku

Aku ni dibesarkan di sebuah felda. Waktu kecil-kecil dulu aku ni nakal orangnya. Orang kampung cakap "buas". Hutan mana aku tak redah. Segala permainan aku terokai. Paling aku ingat apabila aku dan abang aku buat rumah ran atan pokok belakang rumah. Lain perkataan "dangau". Habis papan yang ayah aku simpan kami cilok. Tiap-tiap hari lepas balik dari sekolah kami akan lepak kat situ dengan makanan sekali. Ada-ada saja permainan baru kami cipta. Tolak tong la drum la. Ada satu kali aku kantoi bila tong tu terjatuh atas bumbung rumah jiran aku. Maklumlah rumah aku atas bukit. Macam lipas kudung kami lari. Kami juga akan pergi ke kebun getah berdekatan dengan rumah aku untuk cilok getah sekerap buat bola. Bola tu kami buat main "rounders". Aku tak tahu la budak-budak sekarang tahu tak permainan tu. Dulu aku selalu kena sebat dengan ayah aku. Mana taknya lepas balik sekolah aku akan keluar rumah dan main sampai petang. Selagi ayah aku tak panggil selagi itulah aku akan main. Dulu aku bukan pandai sangat. Belajar malas. Bagi aku main itu penting. Sebenarnya aku taklah bodoh sebab masa tadika aku dah lancar membaca. Waktu mangaji Quran adalah waktu yang sadis bagi aku. Ayah aku garang orangnya. Sekali silap sebut atau baca sekali tangan aku kena rotan. setiap malam aku nangis sampai Muqaddam aku basah dan koyak.

geram

Satu hari ni mood aku tak baik langsung gara-gara tukang jahit macam perempuan murahan tu. Dah la buat salah tak mahu mengaku pulak. Dia jahit baju aku kecik dan langsung tak padan dengan aku. Setan tu lain kali kalu nak buat ukuran sendiri tak payahlah ambik ukuran aku. Dah la aku terpaksa pergi kedai macam rumah pelacur tu 2 kali gara-gara dia tak siapkan baju aku. Tu la orang melayu janji tak boleh tepati. Orang macam ni lah yang menghancurkan Bangsa Melayu. Dah la aku terpaksa telefon dia nak tanya baju aku tu siap ke tidak. Perangai dia yang macam haram siap lupa pulak tu yang mana satu baju aku. Orang macam perempuan tu patut kena sula atau rejam je. Buat perniagaan yang tak berkat dan sakitkan hati orang. Satu Keluarga bodoh aku sumpah sekali dengan keturunan dia sekali. Biar jadi anak haram satu keluarga. Dah la aku dok bengang kat dia siap datanglah pulak jiran tepi kedai dia yang muka serupa babi gondol yang mandul dok masuk campur urusan aku. Babi Gondol tua tu memang nak mampus kena gilis dengan treller. Sape-sape yang baca blog ni jangan la jahit kat kedai baju tu. Kedai tu kat stesen teksi Kuala Ketil. "The Old Bloodyfull" tu juga buat perkhidmatan untuk pengantin. Lepas ni aku harap tak ada lagi la orang yang menerima nasib malang macam aku. Harap-harap lepas ni perniagaan yang tak berkat tu akan muflis dan hancur.

Thursday, April 17, 2008

Felda Indah

Aku dilahirkan di sebuah felda yang indah. Sebuah felda yang terletak di daerah Sik dikelilingi oleh pokok-pokok getah. Aku meridui saat-saat bahagia ketika menolong ayahku mengumpul getah "sekerap". Waktu tu aku masih belajar di sekolah rendah. Sekarang saat-saat tu sudah tiada lagi.

Wednesday, April 9, 2008

entry pertama aku....

aku sudah mempunyai blog setelah sekian lama aku mengidamkannya...aku ni buta IT ckit...berkat pertolongan kwn2...akhirnya terciptalah sebuah blog ciptaan aku.....